Kod Gtn Penerangan
PT303 Akuakultur Lain
Aktiviti akuakultur yang lain (yang aktivitinya tidak tersenarai di atas)
TIS000 Institusi dan Kemudahan Masyarakat 
Aktiviti termasuk institusi kerajaan dan kemudahan masyarakat yang disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan untuk keperluan orang ramai.
TIS100 Pendidikan
Institusi yang menawarkan aktiviti pra pendidikan, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan tinggi, pendidikan lain dan perkhidmatan pendidikan sokongan.
TIS101 Taska
Bermaksud mana-mana premis yang menerima masuk 4 atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dari lebih daripada satu isi rumah (2 atau lebih keluarga) untuk dijaga dengan upah.
TIS102 Tadika
Tadika didefinisikan sebagai mana-mana tempat di mana pendidikan prasekolah (4 hingga 6 tahun) disediakan untuk 10 orang murid atau lebih.
TIS103 Sekolah Rendah
Sekolah yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid yang berumur dari 7 hingga 12 tahun.
TIS104 Sekolah Menengah Kebangsaan
Sekolah yang menyediakan pendidikan menengah yang sesuai bagi murid yang baru sahaja tamat mengikuti pendidikan rendah.
TIS105 Sekolah Bersepadu/Model Khas
Sekolah yang mempunyai sekolah rendah dan sekolah menengah di atas lot yang sama
TIS106 Sekolah Pendidikan Khas
Sekolah yang menyediakan pendidikan khas yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 41, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]
TIS107 Institut Pengajian Tinggi/Kolej/ Politeknik/Maktab/Institut Perguruan
Kemudahan pendidikan tinggi yang membawa kepada penganugerahan diploma, ijazah atau setaraf dengannya.