Kod Gtn Penerangan
TLR103 Taman Bandaran
Kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan penduduk bandar untuk aktiviti rekreasi, sukan dan menikmati keindahan semulajadi. (cth : Taman Cempaka Bangi)
TLR104 Taman Tempatan
Kawasan rekreasi yang menampung beberapa unit kejiranan untuk aktiviti rekreasi, sukan dan kegiatan sosial penduduk setempat.
TLR105 Kejiranan
Kawasan rekreasi di dalam sesebuah kawasan kejiranan untuk aktiviti rekreasi, sukan dan kegiatan sosial penduduk setempat.
TLR106 Padang Permainan
Kawasan rekreasi yang menampung keperluan 3 sub kejiranan untuk aktiviti rekreasi aktif dan sukan bagi kegunaan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.
TLR107 Lot Permainan
Kawasan rekreasi aktif di sesebuah kawasan sub-kejiranan untuk kanak-kanak peringkat umur persekolahan rendah.
TLR109 Tanah Lapang Lain
Aktiviti tanah lapang yang lain (yang aktivitinya tidak tersenarai di atas)
TLR200 Kemudahan Sukan dan Rekreasi
Penyediaan kemudahan aktiviti rekreasi dan sukan untuk memenuhi pelbagai minat sukan dan rekreasi
TLR201 Stadium
Bangunan konkrit dengan ruang yang luas sama ada terbuka atau berbumbung dengan tempat duduk bertingkat untuk tujuan arena sukan.
TLR202 Kompleks Sukan
Kawasan yang terdiri daripada lebih daripada satu bangunan atau premis khusus dibina untuk digunakan bagi pelbagai tujuan sukan.
TLR203 Kompleks Renang
Kawasan terdiri daripada beberapa kolam renang untuk tujuan latihan dan berenang

-

Pengunjung

-

Hari Ini

-

Minggu Ini

-

Bulan Ini