Kod Gtn Penerangan
TLR204 Kemudahan Sukan dan Rekreasi Lain
Aktiviti kemudahan sukan dan rekreasi yang lain (yang aktivitinya tidak tersenarai di atas)
TLR400 Kawasan Hijau
Kawasan terbuka yang disediakan untuk tujuan pemuliharaan alam semula jadi atau untuk kemudahan dan tujuan visual. Ia tidak diambilkira sebagai kawasan lapang mengikut peruntukan penyediaan kawasan lapang. Contoh adalah seperti zon penampan, kawasan lebihan pembangunan, kawasan hijau antara kawasan bukit dan kawasan pembangunan dan sebagainya
TLR401 Zon Penampan
Kawasan lapang pada kelebaran tertentu yang diperuntukkan sebagai pemisah antara dua atau lebih guna tanah yang bercanggah untuk memberi perimbangan alam sekitar dan perlindungan keselamatan. Zon penampan terbahagi kepada 2 kategori iaitu 1. Physical Buffer: Merupakan kawasan jaluran hijau yang meliputi tempat letak kereta, direways dan laluan pejalan kaki. 2. Green Buffer: Merupakan kawasan jaluran yang dirizabkan khusus untuk penanaman pokok iaitu penyediaan landskap dan padang rumput.
TLR402 Kawasan Hijau Lain
Aktiviti kawasan hijau yang lain (yang aktivitinya tidak tersenarai di atas)
TPI000 Industri
Perusahaan (biasanya secara besar-besaran) untuk membuat, menghasilkan, mengeluarkan produk
TPI100 Bukan Taman Perindustrian
Aktiviti industri tidak terancang dan tidak mempunyai infrastruktur bersepadu.
TPI101 Pengumpulan Produk Hasil Hutan
Bahagian ini termasuk pengeluaran kayu balak untuk industri berasas kayu meliputi pengekstrakan dan pengumpulan produk hutan bukan kayu yang tumbuh liar. Selain pengeluaran kayu balak, aktiviti perhutanan yang menghasilkan produk melalui proses minima seperti kayu api, kayu arang, reja kayu dan kayu balak yang digunakan dalam bentuk yang belum diproses (cth. kayu cerucuk, kayu pulpa, dll). Aktiviti ini boleh dijalankan dalam hutan asli dan ladang hutan.
TPI102 Pengekstrakan Petroleum Mentah dan Gas Asli
Bahagian ini termasuk pengeluaran petroleum mentah, perlombongan dan pengekstrakan minyak daripada minyak batu syal dan pasir minyak dan pengeluaran gas asli dan perolehan semula cecair hidrokarbon. Ini termasuk keseluruhan aktiviti pengoperasian dan/ atau pembangunan kelengkapan lapangan minyak dan gas, termasuklah aktiviti seperti penggerudian, penyiapan dan melengkapkan telaga, operasi pengasingan, pemisahan emulsi, peralatan penyahkelodak dan penyambungan aktiviti lapangan untuk petroleum mentah dan semua aktiviti dalam penyediaan minyak dan gas sehingga ke tempat penghantaran daripada pusat pengeluaran.
TPI103 Pembuatan Produk Makanan
Bahagian ini termasuk pemprosesan produk pertanian, perhutanan dan perikanan kepada makanan untuk manusia atau haiwan, dan meliputi pengeluaran pelbagai produk perantaraan yang bukan produk makanan secara langsung.
TPI104 Pembuatan Minuman
Bahagian ini termasuklah pembuatan minuman, seperti minuman tanpa alkohol dan air mineral, pembuatan minuman beralkohol terutamanya melalui proses penapaian, bir dan wain dan juga pembuatan minuman beralkohol melalui proses penyulingan.